Speed Typing Test Dan Kahoot Pembelajaran

24 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Disember 2018 (Ahad) Pusat Internet Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan kelas ICT Speed Typing Test dimana setiap peserta yang hadir dikehendaki membuat latihan menaip dan text yang diberikan mengikut tahap kemampuan peserta. Sesi kedua diteruskan untuk latihan kahoot pembelajaran bagi matapelajaran komputer dan bahasa inggeris. Kelas diadakan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang dan seramai 8 orang peserta yang terlibat dalam kelas ini

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk :
• Sebagai salah satu latihan untuk meningkatkan kemahiran menaip dan menggunakan komputer
• Membuat ulangkaji untuk matapelajaran bahasa inggeris dengan lebih menarik
• Soalan berkaitan ICT diadakan untuk melihat tahap pemahaman peserta


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas